19.2.11

Pemanang Bertuah Hasue Giveaway Contest STMB 2010

Pertama sekali,terima kasih kepada semua peserta giveaway yang sudi join yer..tak menang kali ni pun takpe, sekurang2nya kita boleh menambah kenalan dan bertukar2 pengalaman dari mengandung,melahirkan sehinggalah mendidik anak2 ..serta melihat perkembangan tumbesaran anak2 orang lain..

Sepanjang menganjurkan Giveaway ni (ni pengalaman pertama buat GA gini) memang seronok melihat bayi2 comel sekali yang dientrikan oleh ibu masing2..membaca entri2 mereka pun asyik tersengih manjang sebab ramai yang buat 'anak mereka yang blogging' tuh..huhuu..tak kurang juga ada entri yang buat aku menitik air mata..pehh,aku ni sensitip tau.huu.
Kalau nak tengok entri2 peserta kali ni,sila rujuk link2 mereka kat SINI

Kalau terlepas entri mengenai hadiah,
sila rujuk entri ini untuk maklumatnya..

Masa yang ditunggu dah tiba..

Jom tengok proses pencarian pemilik loyang yang bertuah untuk GiveAway kali ini..


Kita guna cara manual okey..nak guna cara cyber, tapi macam tak happening lak.. :P

Ini pembantu saya..Adryana..
Cabutan dimulakan dengan 40 keping kertas bernombor 1-40.
Merujuk kepada penyertaan mengikut urutan.

Pusingan pertama: 1, 3, 8, 10, 11, 15, 29, 24, 34, 39

Yana,amik 5 keping lagi yerr..

Pusingan ke dua: 1, 11, 15, 29 dan 24

Sekarang dari 5, nak pilih 3 orang ajer..

Pusingan ke tiga: 1, 11, 24

(untuk pusingan terakhir,warna yang sama digunakan)

Jom tengok siapa paling bertuah memiliki loyang ini(klik)

Yeyyyyy!!! Pemenangnya ialah no. 11.. di tahun 2011.hehe..

Hadiah utama dimenangi: Ibu Muhammad Amsyar



Hadiah saguhati dimenangi: Ibu Uwais Firdaus Alqarni



Hadiah Saguhati dimenangi: Ibu Wan Nurkhalisha Maisarah

Tahniah!tahniah!tahniah!
diucapkan kepada pemenang2..Lepas ini boleh laa baking kek puas2 yer..Yang tak menang,tahniah juga atas kelahiran bayi tahun 2010!Itulah hadiah paling berharga sekali buat kite..!

Pemenang utama dan pemenang saguhati(pemegang no 1 dan 24) sila hantar Nama,alamat penuh dan no telefon ke email suehasue@gmail.com untuk kiriman hadiah.

Kalau taknak,sila bagitau awal2..haha

0 comments: