31.1.09

sambungan dr yg semalam tu..

Sambungan citer Puteri semalam, tak tahu la, hari nie pun peel dia tak macam selalu..takboh dengar cakap n semalam baru janji taknak buat lagi tp arie nie buat lagi..macamaner nak ajar dia supaya dengar ckp, ari nie pun biler kena marah cakap lagi "janji" tp pagi2 lagi dah buat hal..pantang aku pusing ke lain mesti ader jer kijer nyer..cepat n tangkas, sedar tak sedar abis ikan bilis goreng dok berendam dalam air..kang nak marah selalu nanti dia buat tak heran pulak..tanya dia elok aper dia dah buat "aper adik buat ni?" "macak @ masak " dia jawap, nak marah pun tak jadi..marah2 jugak kat dia tp yg aku suka pasal put3 nie, biler aku kat dapur, dia mesti sibuk gak kat dapur, sampai kalu dia tengok aku kuarkan brg nak wak kek, mesti dia ingat aku nak wak pai..pastu kalu dia nampak aku cari sesuatu mesti dia tanya lagi " mama cari aper?", sibok jer dia nie..hehehehe..

Arie nie hari ke3 tak pakaikan dia pempes, still lagi tak pandai cakap, dah terrrrrrr baru cakap tupun kalu kita yang tanya, setiap masa nak kena tanya dia, adik nak seseeeee..tp biler ditanya katanya dah (bawak pergi tandas tp tak kencing pun)..rasanya setiap 5 mnit sekali aku tanya dia nak kencing tak..tp hampeh terrrrrrrr jugak..nasib baik hari nie cuti, jd bapaknya yg setelkan, biar dia tahu canni upernya bile anak terrrrrrrrrrrrrkencing..tp tengahari nie tak tahan n lagipun banyak benda nak buat so pakaikan dia pempes gak..

30.1.09

Alahai..

Arie nie, hapi sebab dapat buatkan blog tok member n nampaknya dia pun puashati..nanti nak meke-up n update lagi dia punya blog..ni kerja tak mendatang hasil tp biler ader yg berterima kasih rasa berbaloi sangat, apalah sangat setakat tolong buatkan blog tu..hehhehe..Puteri hari nie buat hidup aku huru hara, tak tahu kenapa hari nie peel dia menjadi2, naik tension aku..mahu tak angin aku ari nie, pagi dia selerakkan satu umah ngan 1 botl bedak..habis 1 umah dipakaikan bedak, sabar..sabar..n malam nie pulak dituangnya 1 botol minyak ubat kat lantai..yg nie memang takleh nak sabar dah..pastu baru jer aku nak minum air, tengok2 dalam air dah ader bedak..entah biler masa pulak dia ambik bedak n boh dalam air..kena marahla aper lagi..menangis dengan mimik2 muka sekali, kesian la pulak..tapi tula, lagi lembut ngan dia kang menjadi2 pulak perangai dia, biar dia tahu aku marah n biar dia ingat lain x tak boleh buat lagi..mama marah..

Sekarang dia dah besar n tinggi jadi semua benda dia dah boleh capai..pantang tak tengok aderla barang2 yg dia capai n main..so sekarang aku dah sediakan rotan, tak pukul pun tp saja standy tok takut2kan dia, tp selagi namanya budak selagi tulah dia takkan faham selagi kita yg tua nie tak ajar..yg sedihnya biler dia kena marah, dia datang kat kita n mintak dipujuk, bile aku buat tak tahu, lagi syahdu dia nangis, gugur jugaklah air mata seorang ibu nie, nak2 masa tu dia betol2 kena marah..nak taknak pujuk dia n mintak dia janji jgn buat la..dengan terisak2 dengar dia cakap "janji"..tp apalah seorang budak tahu aper maksud janji kan..esok2 perkaran sama yg berulang..

29.1.09

Pic Yayang terbaru








nak buat slide show, tp hampeh 2,3 hari nie takleh nak download..

Biler dia tido, terngiang2 dia nyanyi.. dia selalu nyanyi kalu dalam keta
"aku ayang amu"
"aku induuuuu amu"
"aku cinta aaaaaamu"

yg terbaru lagi wonderpet
"aper yang penting ejeamerrrrrrrr..hehehehe..

Kek tak bantat tp ...

Ari nie..mmmm..aper nak tulis ya..citer pasal Puterilah, mesti saper yg baca blog aku tension sebab asyik syok sendiri tulis pasal anak..biar..biar..biar..pi lantakla org, bak kata org nie "rumah" aku, jd terpulanglah pada aku nak buat guaner tok mencantikkan umah aku..hehehhehe..Puteri sekarang dah makin nakal, n tak banyak yg berubah pun, stil masih banyak colotehnya, sibuk ngan tvnya n rancangan "ceria"nya, n ari nie jugak dah masuk 2 hari aku train dia tak pakai pempes..arie pertama penuh kekalutan, kencing merata, tak pandai nak bagitau, dah basah baru cakap 'adik seseeeeeesss"..ulang alik tandas n underware basah dah bersilih ganti tok sehari ni ..errrr tension jugak mulanya,..nasib baik semua kapet or aper yg sewaktu dengannya dah aku simpan, sekarang dok atas simen semata2..tp malam aku pakaikan jugak pempes kat dia, tak larat ooooo..n arie ni pulak dah 2nd day, dia buat cirit birit..jd terpaksalah pakaikan jugak pempes kat dia..semalam pun, pakai underware, sibuk soh boh/pakai pempes..target sebelum dia 2 1/2 tahun dah tak boh pakai pempes lagi..harap2 menjadilah..at least biler dia dah tak pakai pempes jimat sikit baget kami nie..

Citer pasal semalam lak..tengah giler "membaking", jd aku buatkan kek pisang n kek coklat, bakar 2 kek terus, jimat sikit letrik, nie stok time2 lapar..yg tak fahamnya biler kek pisang yg aku buat tu, tak masak dalam, kat atas dah nampak cantik n bila dah cucuk ngan tester cake, takder lak melekat..biasa kalu gitu, aku baget dah masakla..upernya kat dalam masih lagi lembik..loyang ker masalahnya, atau masa atau temp..atau yg sewaktu dengannya..jd kesimpulan yg aku buat biler tanya2 member..kek kalu bakar kurang dr 1 jam just pakai temp 170-180 jer, n kalu lebih dr sejam temp 150-160 jer..lagi 1 kalu permukaan dah mula gelap , tutup permukaan kek ngan aluminium foil, sebab nak kasi masak serata n 1 lagi petua yg aku dapat, sebelum masuk oven, hentak2 kan loyang tok buang anginnya...sebaliknya kek coklat yg aku buat menjadi pulak, siap aku deco, boh lilin lagi n tunggu puteri bangun tido, nak soh dia tiup, kunonnya nak sambut besday dia..terkial2 dia bangun, tengok ader kek n lilin..

oklah cukuplah, setakat nie jer, aku pun banyak kijer lagi nak buat..dok ngadap pc tp tak abis..kang kijer kemana, pc kemana n umah kemaner..daaaa..jumpa lagi di catatan yg lain.

27.1.09

Pizza


Arie nie masa terlebih pulak, so aku update n tepek segala resepi yg pernah aku buat..pizza nie pun 1st timer aku buat, n menjadi, bau pun ader ala2 pizza hurt..hehehehe..tak caya boleh try buat sendiri.





Bahan-bahannya:-

-500gm tepung roti
-11gram (1 peket) yis segera/mauripan
-20gm gula kastor
-5 gm garam
-30gm shortening
-200 gm susu tepung
-330 ml air (tambah jika kurang)
-5gm bread improver (takder takpe)

Cara-caranya:-
Roti Pizza

-Satukan yis, tepung, gula, susu tepung, bread improver, gaulkan hingga sebati, last sekali baru boh garam, gaulkan hingga rata
-Buat lubang ditengah dan tuangkan air sikit demi sedikit hingga menhadi doh yg kasar
-masukkan shortening & gaul hingga menjadi lembut n elastik
-biarkan doh naik 2x ganda, tutup bekas dgn kain lembap
-tumbuk doh (buang angin) dan uli kebentuk asal
-bahagikan doh kepada 2 bahagian n canai ke bentuk bulat berukuran 8 inci
-cucuk ngan garfu utk mengeluarkan angin apabila dibakar
-susun dalam tin pembakar n biarkan doh naik 20minit
-bakar setengah masak selama 10minit , keluarkan doh n biarkan ianya sejuk.

utk topping:
-setelah sejuk baru ratakan sos pizza (kat pasaraya ader jual brand pego n kimball)
-boh la capsicum, bawang yg dipotong bulat, nenas kiub, cendawan n ayam..atas sekali parut keju mozarella
-bakar lagi selam 20-25 minit temp 200 atau hingga masak

p/s:
ayam dimasak terlebih dahulu,
tumiskan bwg puteh, boh ayam, lada sulah n rempah oregano.

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)


Bahan-bahan:

-1 kg mee kuning
-10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
-1 labu bawang putih (diketuk)
-5 biji bawang merah
-½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
-½ cawan udang hidup
-1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
-Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
-Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
-¾ - 1 cawan gula pasir
-3 - 4 cawan air rebusan daging
-1 sudu makan sos tiram
-Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
-Garam secukup rasa
-Minyak untuk menumis
-Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
-Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:

· Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.

· Pijarkan sedikit minyak didalam kuali

· Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing

· Masukkan sos tiram

· Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).

· Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

· Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

· Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

· Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan

· Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.


Pai Apple Yg ke 3


Dari semalam zz mintak buatkan pai, tp tak terbuat, bangun pagi dia sebut lagi nak pai, biler dah banyak kali diulang, tandanya dia nak makan sangat la tu..sebab nak makan sangat, semua dia buat dr potong epal, masakkan epal hingga mencanai, aku just ulikan tepung jer..tengokla deco atas pai pun kreativiti dia..layan jelah, nasib baik mood dia baik, nak jugakla menolong..sesekali biler dia turut sama menolong rasa best pulak, sonok..biler lagi nak kerah keringat dia ..heheehehhee.."aper yg penting kerjasama".. tak sesabar nak makan pai, sampai sanggup tunggu pai masak, masak jer, 2 beranak tu terus ngap..sedap..'yelah kalu dia buat semua sedap'.

Jom share resepi Pai Apple (anggaran loyang 8 inci)

Bahan-bahannya:-
-230gm majerin/mentega(potong kecil2)
-400gm tepung gamdum @ tepung superfine
(tp pada aku tepung superfine lagi sedap, n ranggup banding tepung gandum)
-29gm tepung jagung
-29gm gula halus
-2 sudu besar air sejuk/peti (masukkan sedikit demi sedikit)

Caranya:-
-masukkan majerin + tepung + gula + tepung jagung dan sajatkan menggunakan pisau, sambil menggaulkannya menggunakan hujung jari sehingga menjadi macam serbuk roti (doh)
-gaulkan hingga nampak halus
-setelah itu masukkan air sejuk td sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yg besar
-biarkan selama 20 minit n masukkan dalam peti sejuk.

Inti Pai:-
-4 biji epal hijau (potong halus2 n dibunag kulitnya)
-120gm gula merah
-daun pandan
-1 inci kulit kayu manis
-1sk tepung jagung + 3 sudu air (kalau nampak dah pekat takyah boh pun takpe)
-1/4 cwn air

Cara Memasak pai:-
-masakkan epal, gula merah, daun pandan, kayu manis n air, menggunakan api yg paling kecil n tutup , biarkan sampai ia layu n lembik.
-kemudian masukkan air yg dicampur dengan tepung jagung tok memekatkannya, tp kalu dah nampak pekat takyah boh la.
-biler nampak pekat tutup api n biarkan sejuk

Doh:-
-keluarkan doh dr peti n bahagikan 2 bahagian
canai doh pertama n masukkan dalam acuan
-kemuadian masukkan inti epal, n canai lagi 1 bahagian dan ditindihkan keatas inti pai td
-last sekali sapukan telur kuning ketas permukaan pai td.
-cucukkan dengan garfu supaya cepat masak
-panaskan avon, n bakar selama 35 minit, temp 160 ( suhu n masa bergantung kepada avon)

ok siap selamat mencuba

Aktiviti Keluarga KK-Pitas-KK






20.1.09

Kelakar beb..

Malam td aku dok ngan puteri jer kat umah nie, zz fly gi APM, Bangi attend kusus, tak lama 2 arie jer, rabu abis jer kusus terus balik sini..takut dok sendiri??? takut gak, tp nasib baik tak terbawak2 ngan citer hantu yg aku baca petang td..hehehehe.. kalu tak pkkan Puteri memang takder masalah dok sorang2, tp biler dia ader rasa bertanggungjawab tu melebih2 pulak..tp nasib baik dia tak banyak hal, nak dijadikan citer pulak dah la malam td black out, lama lak tu, dr kol 715pm - 11.00, ujan lak turun lebat sangat..busannnn dahla sorang takder, lektrik pun takder, memang teramat boring yg sangat, lama jer rasa masa berjalan..dalam boring2 tu, lepak atas katil ngan Puteri, layan dia borak sampailah dia tertido, kesian pulak aku tengok dia, nak sangat tengok tv..aku lak biler puteri dah tido, terkial2 tak tahu nak buat aper, last ambik buku pancing zz baca kunonnya dengan baca buku yg membusankan akan buat aku tido, tp 3 buku dah abis aku baca tp takboh tido2 jugak, makin syok pulak biler baca pasal ikan..tp last2 tido jugak, sedar biler lampu terbuka.

nie nak citer pasal kek coklat, ahad petang aku buat kek coklat, ni pun 1st timer aku buat..acuan ikut kek coklat kukus tp aku gatal nak bakar pulak..dah siap masak, rasa dah ok, lembap pun ok tp takderla seperti kek yg dikukus..zz lak tak sabar nak makan, dia imagine tu kek coklat yg sama cam along aku buat..biler makan, dia frust n bebel2 , aku tadah jer telinga, kang senyap la tu nanti, sebab tak sama mcm kek along aku buat, terus dia tak makan n jamah langsung kek aku..aku malas nak layan, aku diam jer, yg makan cumer aku n puteri jer..tp semalam aku perasan dia makan kek aku senyap2, tengok ader sisa kek kat mulut dia, memang sah dia makan kek aku...tp aku buat2 tak nampak jer, kang tegur malu dia lak..tp yg nak citer kelakar nie, masa aku tengah potong kek masuk dalam tupperware, dia datang, muka serius tapi ayat dia, rasa nak pecah perut aku gelak "nak tapau sikit nak bawak g apm"..aku tengok dia..biar benar laki nie..dia senyum...see.. kan dah malu sendiri, lain kali cuber rasa dulu, boleh ckap banyak!!

Aper lagi yer nak citer, rasanya dah takder aper la kot, tp walaupun tok 2 hari nie aku punya masa sendiri, aku bebas wak aper aku nak..tp tetap rasa cam kehilangan..rasa cam kosong biler zz takder..huhuuuu..rindu?? mestilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

16.1.09

1st time penuh debaran

Ari nie cukup hapi..tp sebelum tu nak wish hapi besday kat member baik aku Ja, sempena besday dia hari nie, Ja..selamat hari lahir, moga panjang umur n moga sabar menunggu anugerah Tuhan, selalu yakin n terus berdoa..

Ni nak citer, semalam aku g kedai, beli perkakas nak buat kek n pai..masuk jer kedai tu, rabun bijik mata, rasa nak sambar semua barang, ader yg tak pernah tengok sebelum nie, pendek citer aku nie buta sikit tang perkakas n cara nak wat kek semua nie, kiranya nielah 1st time aku nak buat sendiri..rasa semua aku nak beli..last2 pk, tok permulaan beli yg penting jer dulu..jd aku beli loyang 4 segi n bekas muffin jenis non-stick (senang nanti tak melekat), penimbang, rolling pin, papan pencanai, pemukul telur, bekas sukatan, berus, tu jerlah dulu..kang beli semua semak lak umah aku..semak tu dah satu hal, kang tak terpakai2 tak membazir namanya..hehehehheehhe..

Pagi td aku terus bereksperimen..tok permulaan nie aku wak pai apple dulu, sebab nie kegemaran laki aku, jd nak ambik hati dia, aku buatkan dulu benda yg dia suka..lagipun tanda tima kasih aku kat dia sebab belikan aku oven nie..tq pa!!..1st buat selerak dapur, nak2 lagi bila puteri dah bangun, org sibok menimbang dia pun nak menimbang jugak, last2 tumpuh tepung..geram jer..tp tahannnn...sabarrrrr..Tak sangka aktiviti "membaking" nie leceh jugak mulanya..tp sebab semangat kuat layan jerrrrr..tu sebab aku tak suka buat pastry/kek semua nie..heheheehhhee..Adunan dah siap, tp still bimbang jugak takut terkeras ker aper, tp tawakal sebab 1st buat, tak jadi masalah kalau tak jd..tp yg kelakar kat sini, upernya baru aku tahu canner nak buat doh n jadi mcm serbuk roti tu, ingatkan gaul cam buat biskut tuuuuuu..baru makcik tahu..canni upernya yg dipanggil doh..satu lagi nak kongsi resepi nie, aku dapat dr mertua aku, dia yg ajarkan aku by phone satu persatu..tq ma!!

ok biler adunan dah siap..time tok bakar lak..yg nie berdebar..acuan dah jadi takut tang nak bakar dia terhangit ker aper..lagipun aku belum suai kenal lagi ngan oven aku ni, temp n masa aku ajust sendiri..tp tawakal n tak berharap sangat jadi..setiap 10 minit aku intai tengok aper jd ngan pai aku..nampak cam ok..dah rasa nak hapi..tp lom lagi selagi tak masak betol2..tunggu lagi selama 30 minit..finally masak jugak..tarrrrrrrrrrrrrrrrrrrraaaaaa..siappppppppp..rasanya? woooooowww boleh tahan, pastrynya pun lembut. Barulah boleh tersenyum panjang, puas n nikmatnya rasa..terus kal mertua aku, ckp jd..sonok wehhhh..bila 1 benda dah jadi, rasa nak buat n buat lagi, lagi rasa bersemangat n kesimpulan yg aku buat kat sini ialah walaupun leceh tp kehendak mengatasi segalanya tp yg penting jgn putus asa..

Petang..zz balik kijer, belum masuk pintu lagi, dah ckp nak makan pai..aku buat selamba jer, biar dia rasa dulu..tahu aper jawapan dia? "sedap pastry dah lembut n cam kat kedai tp jem tu kalau boleh kasi lembik n lenyek lagi, lagi sedap"..biler dengar dia cakap cam gitu, tersenyum lebar gitu..yelah bang "saya budak baru belajar". pasni katanya biskut raya takder tunjuk2 dah, semua buat sendiri..ayoooo, tp tulah sebut tang raya rasa tak sabar pulak nak raya, nak bikin biskut sendiri..

oklah cukuplah setakat nie dulu, aper yg penting aku hapi sangat ari nie!! gambar nanti aku tepek biler puteri tido kang!!

15.1.09

percubaan pertama..pai epal..jadi ke?

Dah lama tak menulis, biaserlah makin lama mankin malas, mula2 dulu bukan maian lagi, kalau boleh tiap hari nak update citer n gambar2..heheheh..citer pasal Puteri dulu, makin sihat n kalu boleh nak makan sop jer tiap hari, memang kalu buat sop nampakla dia makan nasi ngan banyaknya sampai hirup2 lagi kuahnya, n sekarang pun put3 makin nakal, dah pandai merajuk, tiap kali kena marah/tegur mesti bawak diri..kunon nak kena pujuk la tu..dah boleh balas jawab soklan yg aku tanya, dan dah boleh susun ayat sampai 3,4 patah perkataan. "mama wat aper?" "cari mama takder",tu ayat biaser dia. Sejak 2 menjak nie Puteri dah ader mimpi, n nangis2 panggil nama aku dalam mimpinya, aper agaknya mimpi dia ya!!

Aku lak sekarang nie tengah berjinak2 nak "membaking", nak try buat kek, pai n biskut sendiri, aku dah beli oven, 1st dalam hidup nie nak buat kueh sendiri, sebelum nie haram..kuih raya pun main tunjuk2 jer..memang dr dulu2 lagi aku tak pernah wak kueh raya, beli oven pun sebab zz nak sangat makan pai epal, pai nie memang dia gemor sangat la, n dia dah warning , tahun nie dah takyah beli kueh raya, masa banyak, oven pun dah ader buat sendiri..hahahha..tengah bersemangat nie, rasanya nak buat sekarang jugak kueh raya nie..hehehehehe..untuk percubaan nak buat pai epal dulu, belajar ngan mak mertua aku cara nak buat pai..sebab tak pernah wak kueh sebelum nie, nak buat do h pun aku tak pandai, semalam try buat doh..hhahha mcm nie upernya yg dikatakan mcm serbuk roti..baru aku tahu!!!harap2 nanti menjadilah eksperimen pertama aku nanti ya..nanti aku update uper pai biler dah siap nanti!

zz a.k.a papa, tahun nie agak sibuk, tahun nie dia tak mo main2 lagi, nak kijer betol2 n nak capai target, dia punya target 2 bulan nak siap 3 kes auditnya. Aku sokong jer. N sekarang pun dah start balik giler mancing, dulu stop berbulan2 lamanya sebab geng mancingnya dah pindah semenanjung, tp sekarang dah start balik giannya..siap beli joran baru lagi, sorang2 pun sanggup pergi, ari tu dapat sekor ikan puteh bukan main sonok dia, tu yg bertambah2 giannya.."tak ikut"? dulu ya ikut n kalau ader tempat yg agak tak panas, berkhemah la kami kat situ tp buat masa nie kasilah can kat dia feel dulu..puteri nie bukan leh dok diam, kang ader tak sampai setengah jam dah nak balik, haru biru macam tu. pk pk balik, dalam 2 hari cuti, bagilah 1 hari can untuk dia buat aktiviti dia sendiri tanpa melibatkan aku n puteri, tp tok aktiviti mancing jelah..biar dia rasa penat kijer seminggu hilang biler dia punya masa tok diri dia sendiri..taun nie pun kan dah berazam nak bertolak unsur ngan dia..jadilah nielah masanya aku kasi peluang n ruang kat dia.

4.1.09

Aku Dan Banjir

Td kal mak aku kat kg, katanya sekarang kat kg banjir, n tak ketinggalan umah aku terkena tempiasnya sekali..tp takder yg nak diherankan sangat pun sebab tiap x musim tengkujuh memang umah aku tak pernah miss dr dinaikki air, Tp bergantung pada paras air kat sungai2 utama la, kalu melepas paras bahaya, memang berjaga2lah kami. Kata mak aku lagi, jalan nak masuk ke kg aku dah penuh ngan air tp dalam umah aku hanya bahagian dapur dah dinaiki air, itupun baru kat paras buku lali, keliling umah dah penuh air tp tak sampai masuk umah lagi, alhamdullilah nampaknya air dah bertahan n biler2 masa2 jer akan surut..harap2 tak sempatla masuk umah sebab kesian kat family terutamanya kat mak aku nanti nak kena kemas n bersih umah, penat oooo bersihkan lumpur banjir nie..

Biler citer pasal banjir, teringat zaman kegemilangan aku dulu, rasanya bukan aku jer tp sesaper yg pernah kena banjir mesti tertunggu2 banjir nie biler tiber jer musim hujan, walaupun banjir dianggap bencana tp banjir bg kami adalah pesta..selalu biler jer ujan turun tak berenti, ulang alik la kami ke sungai, lagipun sungai belakang umah aku jer, biler air sungai tinggi tengok dr tingkat atas umah aku pun boleh nampak, masa tu memang berharap janganla air surut. Biler air dah mula start melimpah masuk kampung lagi syok, mcm raya keling kami, lagi sekali ulang alik kat jalan besar tengok air, " bilerla air nak sampai umah aku nie"..masa tu bukan aku sorang, boleh kata semua org kampung turun, jiran tetangga baik yg kecik hinggalah bawak ke yg tua, masa tu terasa peramahnya org kampung aku bertegur sapa pendek citer banjir nie mengeratkan lagi hubungan penduduk kg aku..hehehehehe

Biler air dah mula mengepung kawasan umah n paras air yg membolehkan kami berenang, aper lagi berenang sampai hitam..bayangkan turun pagii petang baru naik umah, masa tu makan pun mak ulur kat tangga..time banjir nie, makan aper jer sedap, ubi kayu cicah ngan kopi, belasah jer, sardin boleh menambah kami adik beradik dibuatnya, mana taknya, lapar tu seharian main bajir..lagipun biler banjir bekalan terputus, boleh g bandar naik sampan atau harunng air sampai jalan besar tp biasa mak aku dah ader stok bekalan dia siap2 sebab malas dah nak kuar2 nie..masa main air banjir tak terlintas pun boleh mendatangkan bahaya, walaupun aku bukan pandai sangat berenang, pendek citer bahaya tolak tepi janji kepuasan dapat main air..biler malam lak sanggup berjaga n dok tepi tangga semata2 nak tengok air makin naik ker makin surut, memang frust sangat biler air surut, nak tahu air surut atau naik tengoklah tangga..kalau tangga penada kami tenggelam, maka naiklah air n begitulah sebaliknya. Malam memang tak lenalah aku tido dibuatnya. Tp kalau air surut paras lutut pun selagi boleh redah n berenag belasah jer kami nie..

Agak2 air dah mula surut, kami adik beradik dikerah bersihkan lumpur n tolak air kuar, kena bersih umah sebelum air kering sepenuhnya, sebab senang nak basuh, lagipun umah kami luas, tiap sorang ader bahagian masing2, masa tu memang penat kena bersihkan umah, kalau tunggu air kering memang masakla kami ngan lumpur2 tu semua. Tp semua tu dah berlalu, sampai sekarang biler tahu banjir hati nie mcm terpanggil2 nak balik kg, teringin nak main banjir n nak tengok kemeriahan budak2 berpesta banjir..

3.1.09

takder tajuk lagi

Wekend..rasa ari tu baru je cuti, ni cuti lagi..arie ni takder kemana pun, aku kasi can kat zz g mancing, memang dah lama sangat dia tak pegang joran sejak member mancing dia pindah semenanjung, dekat 5 bulan jugakla aku rasa dia dah tak g mancing, kesian pulak aku tengok, selalu kalu geng baik dia ader wekend mesti peruntukkan sehari tok mancing, kekadang kalu tempat yg sempoi n tak panas atau membolehkan aku ikut, aku tumpang join jugak, saja tengok2 depa mancing, kalau dah datang gian mancing, bayar rm50 tok 3 jam pun jadi jugak..ZZ bukanlah yg jenis terlalu taksub mancing tp itulah dia lebih senang pegang joran berjam2 walaupun tak tahu dapat ker tak hasilnya dr temankan aku g beli/pilih kristal...cehhhh tension aku!!

Dulu masa member dia ader, lepas subuh 4.30am dah kuar umah, itu bergantung kepada air pasang la, tp biaser diaorg dah siap tengok air pasang pukol beraper..yg jadi mangsa aku lah..kol 3am dah bangun, siapkan dia punya bekal, goreng bihun @ nasi goreng..tak buat kesian pulak kang lapar, jd buatla sikit tok bekal dia n lebihkan tok member2 yg lain, sebab member yg lain bawak makanan yg ringan2 jer..Memang kalau arie dia mancing tak tenang aku rasa waktu tido aku..tp aper nak buat, buat2 jerlah support dia punya minat, kalau ader rezeki dapatla makan ikan fresh hasil tangkapan nya..masa tu pergghhh tadahla telinga, dia gebang pasal ikan yg dia tangkap..zasssssss layan jerlah, kata nak berkongsi minat!!! cehhhhhh

Ni dia belum balik lagi sejak kuar kol 8am td, aderla hasil tu kot, biasa kalau takder hasil n busan memang cepatla dia bungkus n balik umah..nie kira dah lama nie, biarlah kasi dia muak n lama2, biar sampai dia puas supaya pasni tak dengar lagi dia merungut " dah lama tak mancing" tak sabar ni nak tunggu dia balik nie, nak dengar aper pulak citer yg dia bawak balik.