28.11.08

ok la tu!!

Arie nie takder yg menarik pun, tp yg pasti rutin harian aku dah siap awal2 lagi dah, dr mengemas hinggalah memasak semua siap sebelum kol 10..pagi nie mengidam nak makan nasi lemak, taraaaaaaaaaaa tak sampai sejam dah boleh menikmati juadah nasi lemak..sedap wehhhh..nasi lemak tu dr pagi bawak ke malam la tu..dah tak masak lain dah..dah makan nasi lemak biaser la tersengguk2, mata nie dah nak lali pun, tp malas nak tido sebab ader lagi kijer yg kena bereskan, kena kemaskan baju..esok nak g Labuan jejalan sambil g kenduri kawin kawan Papa..mcm biaserlah aku nie ader masalah sikit bab kemas pakaian nie, kalau boleh semua aku nak bawak, nak2 baju si puteri nie, rasa cam tak cukup jer..entah aper2 la aku nie.. tak sabar nie, sebab nie 1st timer aku nak g Labuan, naik feri, tp dr kk naik kereta dlm 3jam perjalanan, hinggalah satu tempat nama Menumbuk tukar naik feri lak tok ke Labuan, ambik masa dalam 45 minit gitu jer atas air..Actually boleh naik terus feri dr KK-Labuan lebih kurang 4 jamla, tp kami tak beraper nak berani sebab sekarang cuaca tak menentu, ombak pun kuat/beralun..so taknak ambik risiko..mak aii kalaula berombak mahunya 5,6 x muntah nie..errr tak sanggup aku..

26.11.08

Suprise Besday Puteri



Up date lagi gambor, gambor hari raya..family mertua aku wak suprise besday Puteri yg jatuh jugak pd hari raya pertama..Tahun lepas, raya besday Mr. Papa, tahun nie jatuh kat anak dia pulak..biler la agaknya raya nak jatuh besday aku gak kan..hehehhe, 1 Oktober 2008 genap umur Puteri 2 taun, aku buat kat umah mak aku sebab tahun lepas dah buat kat umah mertua aku ..actually tahun nie aku tak celebrate besar pun besday dia tp aku wak jugakla jamuan kecik2 masa 1 st raya tu..mak aku buat nasi dagang, satay n kek tukar ngan pulut puning + rendang, aku tak jemput sesiapa pun tp disebabkan arie tu hari raya, penuhla umah ngan org yg datang beraya sambil meraikan hari kelahiran Puteri ..sayangnya masa tu tak sempat nak ambik gambar sebab terlalu ramai sangat org datang..gambar yg ader nie pun masa kat umah mertua aku, walaupun takder majlis besar-besaran tp cukuplah kalau diaorg semua ingat besday Puteri..

25.11.08

Kudat



Holiday kat Kudat 2 hari 1 malam, perjalanan dr KK ke Kudat makan masa lebih kurang 4 jam..sempat singgah Tanjung Simpang Mengayau a.k.a The Tip Of Borneo, kalau tengok dalam peta tempat nie bahagian paling hujung..cantik sangat. Aktiviti biaser bila g holiday, mandi kolam selain jejalan. Malam sempat lagi Mr. Papa mancing!!

Kain ohhh kain

Ari nie takder yg menarik pun, bangun pagi sampai ke petang agak bz..kemas umah, masak, mop, layan si kecik nonton tv, n yg paling tak bestnya kena lipat kain yg dah menimbun..hahahahahaaa..malasnya, banyak2 benda lipat kainlah perkara yg tak suka buat, tp kalau aku tak lipat sapa nak tolong lipatnya..sedar tak sedar habis 2 bakul aku lipat kain arie nie, pasni taknak lagi timbun kain banyak2, tak larat nak lipat..aku lebih suka masak tp kalau dah tiap arie masak busan lak sebab tak tau nak masak aper..biler takder mood nak masak, lauk simple aku adalah sayur air n goreng ayam..dah settle..sedap oiiiii sayur air ngan ayam goreng panas2.

24.11.08

Family Mertua-11 Mac 2007



Nie gambar lama masa family mertua datang Sabah..Kat sini salah satu tempat yg wajib pergi adalah Pulau Manukan, selain Kundasangan, Pasar Pilipine, Sunday Market (tamu/ local produk sabah selain kristal n mutiara), kaum pompuan biaserlah pastinya rambang mata melihat kristal n mutiara nie..n pada sesiapa yg sukakan aktiviti lasak boleh naik Gunung Kinabalu n tak rugi mencuba WWR (white water rafting) syok tu n yg pasti enjoy..Utk ke Pulau Manukan, tambang hanya rm25 seorang pergi balik termasuk permit memasuki Tmn Negara. Jom pakat2 cuci2 Malaysia ke Sabah..

1st Honeymoon di Sabah


Copy dr kawan punyer...jom baca sesamer..

Pada suatu pagi di satu
sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.
Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yangkita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.

Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang..

Beringgis Beach Resort - 22 Nov 2008

Nie percutian sempena family day LHDN kat Beringgis Beach Resort, alang2 family day buat kat situ kami terus book 1 bilik, senang n sambil2 tu bawak si kecik nie main kolam..bukan main seronok dia dapat main kolam, yg tak laratnya takboh main kolam kecik nak main kolam dewasa..tp yg tak bestnyer holiday kali ni, manusia terlalu padat, maklumlah cuti sekolah, kolam pun full, tension pulak..tu yg arie last kami jam 7 dah turun kolam, tu pun dah ader org..takperlah janji Puteri dapat main kolam n enjoy..

21.11.08

Kisah Put3..lagi..lagi n lagi - 21 Nov 2008


Sekarang Puteri makin besar, sedar tak sedar dah pun 2 tahun 2 bulan..makin mencuit hati n menghiburkan aku tp kekadang tension jugak dengan perangainya biler dia buat hal..boleh buat aku hilang sabar, aku akui aku tak selembut papanya dalam melayan kerenah dia, aku garang sikit arrr. Sekarang dia dalam proses pembelajaran, banyak benda dia nak tahu, mulut kecilnya selalu bertanya "mama nie aper" dalam pelat bahasanya, jenuh jugak aku nak menjawabnya, selagi tak jawab selagi tu dia akan terus bertanya..dalam tempoh 2 tahun nie banyak benda dia belajar, dr tak tahu aper2 dia dah boleh hafal ABC/123 walaupun separuh jalan. Aku sebenarnya beruntung sebab dapat melihat perkembangan dia setiap hari, aku tak pernah ketinggalan melihat perubahan demi perubahan dia sejak dia lahir, dr merangkak, berjalan n sehinggalah sekarang ini akulah org pertama yg melihat semua itu dan ayat pertama yg dia sebut "mama" adalah kalimah yg cukup berharga aku rasa. Lebih2 lagi sekarang dia makin bijak n membuatkan aku bertambah sayang pada dia, Perlakuan dia yg mencuit hati menyatukan hati kami bertiga kerana dia kami bergelak, kerana dia kami terhibur walaupun kekadang dia membuatkan aku marah tapi dia pandai memujuk biler aku sedih, pasti dipeluknya aku n dia akan ckp "mama angan angis"..ayang mama"..terasa pelukan dia n kata2 dia menusuk dlm hati yg paling dalam..Saat tu aku taknak kehilangan dia, Aku tak mengharapkan dia aper2 tp aku harap dia boleh jaga aku n menyanyangi aku seperti mana aku menyanyangi dia!

20.11.08

19.11.08

My Love


Dalam banyak2 gambar, suka tengok gambar nie..masa nie kat Pantai Tanjung Aru, bawak si kecik nie main air..dia memang pantang jumper air, lopak air ujan pun dia redah..apapun mereka berdua kegembiraan aku, alhamdullilah kehidupan yg aku lalui sebagai seorang isteri n ibu kepada seorang anak yg ku namakan Cempaka Nur Khalisah, membuatkan kehidupan aku sekarang cukup sempurna. Bila difikirkan dalam2 sebenarnya aku mesti n patut bersyukur dengan pemberian yang Allah kurniakan. Tuhan kurniakan aku seorang suami yang boleh berkongsi aper jua masalah n seorang anak sebagai pengikat kasih sayang yang comel lagi cerdik, ibu mertua yang baik hati dan keluarga yang memahami serta kehidupan yang sederhana dan bahagia. Tuhan sudah mentakdirkan aku dengan kehidupan yg lebih dr aku jangkakan. Mungkin Allah tak kabulkan impian aku untuk menjadi "seseorang" tapi Allah sudah kabulkan permintaanku untuk menjadi isteri dan ibu. Alhamdullilah bersyukur sangat.

Kisah Put3..lagi..lagi n lagi



Semalam, hari rabu adalah hari Futsal kami, mesti kena bawak si kecik nie tengok papanya main futsal lagipun minggu nie tak kuar petang g main taman pun sebab kat sini petang sekarang asyik hujan jer, kalau ikutkan aku dah malas nak kuar nak2 g futsal sekarang sebab kat sana puteri dah tak terkawal, dia nak masuk dalam padang sekali n sepak2 bola pastu takboh kuar dah..tension aku nak melayannya..tp biler pk kesian pulak kat dia, asyik terperap dalam umah jer..selain air dia suka bola, jadi kat umah nie penuh ngan bola, pantang tengok muka papanya mesti ajak nak main bola..siap sepak bola lagi, apala nak jadi ngan anak pompuan aku sorang nie, maybe masa peknen dulu nak sangat anak laki, hah..sekarang ambik ko..lasak yg teramat sangat tp mungkin jugak cara ajaran kami kat umah..memang kami nak dia lasak n tahu berdikari, paling aku suka kat Puteri nie dia tak takut org walaupun dia jarang bergaul/jumper org..dia ngan selamba boleh join ngan rakan sebaya dia main..pendek citer memang senang sangat bela budak nieeee....heheheh...

Masa dia umur 3 bulan kami bawak dia g Pulau Manukan Sabah, naik bot 25minit..actually takut sangat, tp tawakal jer dalam hati Tuhan jer tahu..takut tuuuuuu!! Pastu masa dia umur 6 bulan bawah masuk utan 4 jam perjalanan naik 4x4, ikut member papanya memburu rusa/payau..bermalam 1 malam kat sana, alhamdullilah nasib baik takder aper n Puteri pun tak menangis,tido jer..still takut jugak,takut kena sampuk ker aper, tp tak pernah lupa bawak lada hitam n yassin!! Tp sekarang biler dia dah besar mcm2 aktiviti nak buat ngan dia, dr bercamping hinggalah memancing..nak libatkan dia dalam segala aktiviti yg kami buat..target biler dia dah umur 5 tahun nak bawak naik gunung..ikut papanya yg berjiwa outdoor..1 yg senangnya pasal puteri adalah sebab dia senang nak diuruskan..kami nak dia belajar hidup susah!!