21.11.08

Kisah Put3..lagi..lagi n lagi - 21 Nov 2008


Sekarang Puteri makin besar, sedar tak sedar dah pun 2 tahun 2 bulan..makin mencuit hati n menghiburkan aku tp kekadang tension jugak dengan perangainya biler dia buat hal..boleh buat aku hilang sabar, aku akui aku tak selembut papanya dalam melayan kerenah dia, aku garang sikit arrr. Sekarang dia dalam proses pembelajaran, banyak benda dia nak tahu, mulut kecilnya selalu bertanya "mama nie aper" dalam pelat bahasanya, jenuh jugak aku nak menjawabnya, selagi tak jawab selagi tu dia akan terus bertanya..dalam tempoh 2 tahun nie banyak benda dia belajar, dr tak tahu aper2 dia dah boleh hafal ABC/123 walaupun separuh jalan. Aku sebenarnya beruntung sebab dapat melihat perkembangan dia setiap hari, aku tak pernah ketinggalan melihat perubahan demi perubahan dia sejak dia lahir, dr merangkak, berjalan n sehinggalah sekarang ini akulah org pertama yg melihat semua itu dan ayat pertama yg dia sebut "mama" adalah kalimah yg cukup berharga aku rasa. Lebih2 lagi sekarang dia makin bijak n membuatkan aku bertambah sayang pada dia, Perlakuan dia yg mencuit hati menyatukan hati kami bertiga kerana dia kami bergelak, kerana dia kami terhibur walaupun kekadang dia membuatkan aku marah tapi dia pandai memujuk biler aku sedih, pasti dipeluknya aku n dia akan ckp "mama angan angis"..ayang mama"..terasa pelukan dia n kata2 dia menusuk dlm hati yg paling dalam..Saat tu aku taknak kehilangan dia, Aku tak mengharapkan dia aper2 tp aku harap dia boleh jaga aku n menyanyangi aku seperti mana aku menyanyangi dia!

0 comments: