19.11.08

Kisah Put3..lagi..lagi n lagi



Semalam, hari rabu adalah hari Futsal kami, mesti kena bawak si kecik nie tengok papanya main futsal lagipun minggu nie tak kuar petang g main taman pun sebab kat sini petang sekarang asyik hujan jer, kalau ikutkan aku dah malas nak kuar nak2 g futsal sekarang sebab kat sana puteri dah tak terkawal, dia nak masuk dalam padang sekali n sepak2 bola pastu takboh kuar dah..tension aku nak melayannya..tp biler pk kesian pulak kat dia, asyik terperap dalam umah jer..selain air dia suka bola, jadi kat umah nie penuh ngan bola, pantang tengok muka papanya mesti ajak nak main bola..siap sepak bola lagi, apala nak jadi ngan anak pompuan aku sorang nie, maybe masa peknen dulu nak sangat anak laki, hah..sekarang ambik ko..lasak yg teramat sangat tp mungkin jugak cara ajaran kami kat umah..memang kami nak dia lasak n tahu berdikari, paling aku suka kat Puteri nie dia tak takut org walaupun dia jarang bergaul/jumper org..dia ngan selamba boleh join ngan rakan sebaya dia main..pendek citer memang senang sangat bela budak nieeee....heheheh...

Masa dia umur 3 bulan kami bawak dia g Pulau Manukan Sabah, naik bot 25minit..actually takut sangat, tp tawakal jer dalam hati Tuhan jer tahu..takut tuuuuuu!! Pastu masa dia umur 6 bulan bawah masuk utan 4 jam perjalanan naik 4x4, ikut member papanya memburu rusa/payau..bermalam 1 malam kat sana, alhamdullilah nasib baik takder aper n Puteri pun tak menangis,tido jer..still takut jugak,takut kena sampuk ker aper, tp tak pernah lupa bawak lada hitam n yassin!! Tp sekarang biler dia dah besar mcm2 aktiviti nak buat ngan dia, dr bercamping hinggalah memancing..nak libatkan dia dalam segala aktiviti yg kami buat..target biler dia dah umur 5 tahun nak bawak naik gunung..ikut papanya yg berjiwa outdoor..1 yg senangnya pasal puteri adalah sebab dia senang nak diuruskan..kami nak dia belajar hidup susah!!

0 comments: