Alhamdullilah, Jom heboh2 kat Karambunai Lagoon, berjalan dengan lancarnya, cuaca pun turut sama merestui pertemuan kami kali ini. Thanks to K' Azah, K' Maria, Halen, Seri, Zura, Azira & Farah + keluarga masing2 yg sudi turun padang menjayakan xtvt beramah mesra, yang rata2nya baru pertama kali bersua muka..Sememangnya riuh n gamat, bila semua kaum2 ibu berkumpul , sambil berkongsi cerita..
Serba sedikit tentang xtvt semalam..jam 9.30am hampir kesemua, blogger n bukan blogger sampai bersama ngan pot luck masing2..antara menunya, nasi lemak, nasi puteh + tomyam, sayur, bakso, laksa johor, bbq, muffin, puding, kek pun ader, buah lagi berserta air minuman, tu dia makanan saja dah penuh 2 meja panjang..hehehhe..pendek citer memang kenyang perut dibuatnya..tu baru makanan lom lagi bbq..kambing ader, ayam ader, udang pun ader, 2ekor ikan yg memang besar, ehsan dr kwn Maria iaitu Zira..hahhaahha, tak abis ratah dibuatnya..paling laku n ditunggu2 kambing bakar, laris gitu!! Kalau saja2 nak bakar bek2 kat umah, memang tak terbuatla gamaknya, tu yg kambing bakar ni memang ditunggu2, semua dok pakat kerumun kambing, n saya sendiri pun sampai hari ni, dok terhidu lagi kesedapan kambing bakar semalam!!
Kali ni memang tak rancang aper2 xtvt pun, memang betol2 datang, jumper, berkenalan, borak n makan2 jer..menambah2 semuanya sambil borak sambil makan, berselera semua makan ramai2 gitu..n selebihnya xtvt melayan anak2 bermain n beraksi dia pantai yg airnya separas ngan dada itik..layan jerlah..nak buat canner, air lom pasang lagi..dada itik pun bukan main saya tengok budak2 tu berenang, Put3 pun sama, tak duduk diam, mulut pun riuh, ngan tak pakai selipar, dah mcm anak org asli saya tengok, lom mandi pagi lagi tu, plan asal nak main pantai, sekali air lom pasang daaaa!!!
Kesimpulannya, memang enjoy n hapening sangat2, semuanya sporting2 belaka dan memberikan kerjasama yg baik, dr awal hinggalah kepenghabisan majlis..dan yg paling sonok , "tapau time", masing2 membawa pulang 'bekalan', jd balik dah takyah pk nak masak2 lagi..memang licinnnnnnnnnnn, kata org rezeki yg ader dikongsi bersama, hehehehehe!!!
Insyaallah, next geder2 akan diadakan, tp bukan dalam masa terdekat ngan bertema " Rumah terbuka Blogger" ceh wahhhh dah memasang angan2 ni..tp kali ni ngan bersyarat " tiada air tiada joran" supaya kesemua suami2 dapat beramah mesra dan berkenalan!! last sekali tima kasih lagi sekali kepda semua, n halal aper yg terkurang..sehingga jumper lagi dilain kali..!!!! cayok!!! cayok!!
Gambar kendian upload, anak den dah ngamuk nak tido..tungguuuuuuuuuuuuuuuuu
26.10.09
Sonok kan?
Posted by Ainazli at 8:28 PM 6 comments
Labels: Blogger
20.10.09
Jom Heboh2 Kat Karambunai Lagoon
Perkembangan terkini Jom Heboh2..setakat ni 7 family sudah memberi persetujuan untuk turut sama dan kemungkinan akan ada lagi yg akan menyusul esok!! Kepada sesiapa yg masih berminat utk turut serta, anda dialu2kan dan confirmkan secepat yg mungkin sebelum jam 4 petang esok, untuk memudahkan kerja ajk makanan (PN. Halen)
- Pn. Ain
- Pn. Maria
- Pn. Halen
- Pn. Seri
- Pn. Azah
- Pn. Zura (Kawan ain)
- Kawan Maria
- Bakso (Maria + Halen)
- Nasi Lemak ( Ain)
- Laksa Johor (Zura)
- Desert (Seri)
- Nasi Puteh (K' Azah)
Salam..buletin tengahari..melaporkan bagi pihak member2 blog,..sukacita dimaklumkan yg kami blogger Sabah ingin mengajak anda/member2 yg mempunyai waktu terluang untuk menyertai aktiviti beramah mesra sambil bersantai..terbuka kepada semua yg berminat, tak kira blogger ataupun bukan blogger, bekas blogger pun jgn malu2 ahhhh..
- Tempat : Karambunai Lagoon, Sabah
- Tarikh : 25hb Oktober 2009
- Bayaran : Rrm10 bagi dewasa (kanak2 7 tahun keatas 1/2 harga)
- Masa : 09.00am - (tertakluk keadaan)
- Menu : BBQ (Kambing, ayam, udang- tong2 bayar) + pot luck sendiri bawak
- Aktiviti : Beramah mesra + cit cat + makan + mandi manda + kepada pihak suami yg nak memancing dialu2 kan membawa joran masing2 untuk mengelakkan kebusanan menunggu kaum hawa berborak...huhuhuh..huhuhu!!
p/s : perjumpaan ini bukan kepada blogger semata2 ya, kepada blogger2 yg lain yg ingin membawa kaum kerabat juga dialukan..perjumpaan blogger yg sebenarnya akan diberitahu kemudian setelah mengambil kira ahli n mencari tarikh yg sesuai bagi menghimpunkan blogger Di Sabah
Posted by Ainazli at 12:57 PM 5 comments
Labels: Blogger
14.7.09
Dah Basi Ker??
Geder2 ni dah lama pun, rasanya dah 2 minggu berlalu, tp hari nie baru saya berkesempatan nak update..heheheh..punyalah malas, tambah2 lagi kebuntuan idea nak2 lagi line broadband nie, lembap, lempus jd semua tu menambah2kan lagi rasa malas yg sedia ader..Dalam geder2 ni sempatlah bertemu muka ngan Risma n Kak Zana secara live kat umah K'Maria..Sempat lagi tu mintak Risma bawakkan foundant instant (1kg-rm15), tp sekarang masih dok dalam tapauware, tak tahu biler nak jadi bunga2..hehhehe..tunggu nak datang mood alamaknya berkulat dulula fondant tu gamaknya..huhuhuhuhu..pasti2 lepas nie akan ku canai jugak..tungguuuuu...
Nak citer masa makan2 tu, ader lak gulai ikan talang+nenas, memang dah lama tak makan, nak2 kat umah nie, lauk tu memang tak laku la..dapat kat umah K' Maria memang tak segan dah, siap dapat tapau lagi..hehhehe..senang hati betol, sampai jer umah, malam tu jugak tu ratah2..
Yang paling best dapat hadiah besday dr K, Maria, mangkuk boh lauk pauk..suka-suka!!bolehla saya menambah koleksi yg sedia ader, senang kalu nak geder2 bekas dah ader..huhuhuhu..kak, tq arrrr..tima kasih daun keladi, esok2 bagilah lagi..heheheehhe..
Posted by Ainazli at 1:35 PM 3 comments
Labels: Blogger
19.4.09
Sambungan N3 Di Bawah
Kmaria punya besday..kasi can si anak tolong tiupkan..
Makan jgn tak makan..bayar mahal2..rugi oooooo
Tengok depa sembang..takder lain pasal pancingan
Antara menu yg selamat masuk perut
Rasanya macam2 nak diceritakan, tp kita dahulukan yg maner dulu ya..sambungan dr Geder2 kat Kedai Kopi PakDin KK, rancangan kali ke2 success walaupun yg datang ahli yg samer jugak..tp takder hal, ramai ker, sikit ker, majlis tetap berjalan dgn selancar2..nasib baik malam tu tak ujan..huhuhuhoo..Misi kami hanyalah utk merapatkan silaturahim serta beramah mesra n meramaikan kenalan..Ayuh blogger2 zon Sabah..yg berminta mo join jd ahli, tiada yuran dikenakan, anda hanya perlu hadir pada perjumpaan kami yg seterusnya (please inform dulu ya) tp kami mengamalkan polisi sendiri makan sendiri bayar arrr..tak faham??..tong2 duitla lebih kurang maksudnya..tempat akan ditentukan, dan kami menerima pakai cadangan anda n aper2 cadangan memang dialu2kan..Perancangan kami masih terlalu awal..tp ader 2, 3 perkara yg kami pk boleh diterima pakai..
- Mengadakan sistem giliran bertandang ke rumah ahli + makan2 (share2 duit jugak la)
- Meraikan Majlis Hari Jadi ahli + tukar2 hadiah + kek ( dah buat dah )
- Merancangan Aktiviti Luar (Percutian)
Apapun memang syok weiiiii..sekali sekala, jumper n borak2 sambil menikmati makan malam (nanti kita tukar tempat lain pulak arrr)..ummpppp bestnya, sampaikan bapak2 lak yg leka berborak tak ingat yg anak2 dah meragam, sekali bukak topik tu dia berjela2..nasib baik ader bini2 yg kasi hint..to k'maria n Halen + family masing tq menjayakan majlis yg tek seberaper ini..hehehheh..gambor nanti saya tepek kemudian ya..akan ku curi dr blog si maria n Halena..
p/s: pasti lepas nie ader yg tergoda ngan geder2 kami ni..
Posted by Ainazli at 5:47 PM 2 comments
Labels: Blogger
17.4.09
Geder2 kat Kedai Kopi Pakdin
Hahahahahhaha..nie saya copy paste n3 kat blog Halen, tp dah mintak izin dah, sebab dah ader yg sukarelawan nak tulis pasal geder2 nie kan, jd saya pun ambik kesempatan la..hehehe Halen jgn marah ya..
ahaaa.. seperti di rancang mlm ni insyallah geng2 blogger zon sabah akan bergede-gede lg untuk kali kedua di kedai kopi pakdin. semua ni di plan secara spontan je oleh aku dan ain. hahaha.. ader jer erkkkk lepas tu paksa semua org dtg ahaks.. :p xde laaa aku mmg ikhlas menjemput semua org klu sudi dan berkelapangan la tiada paksaan pun kan kan ain. so kpd sesapa yg sudi sila la dtg yer. tmpt dan masa adalah seperti berikut :
masa : hari ini (jumaat) jam 8.00 mlm
lokasi dirancang : kedai kopi pakdin sebelah restoran sempelang area segama
bajet makan : sorang RM15.00 ikan ble pilih sendiri(kanak2 yg kecil free je sbb mak yg suapkan hehe). klu ader duit baki akan dipulangkan blk dun wory..
agenda :
sesi berkenalan kpd sesiapa yg belum kenal la bg yg dah kenal tu ble la berkenalan lg hehe..
makan-makan dan minum-minum
borak-borak yg berfaedah dan tidak
sesi bergambar - al maklum la klu dah nama blogger tu mana ble dipisahkan dgn gambar kan nnt nk buat n3 xde gamba x syiok la hehe
xtvt tambahan main boling klu ramai yg nak join sebab mostly yg akan dtg ni ada anak kecil so tiada paksaan okeh
ni plak antara vvip yg akan hadir la:
datin seri maria menado(bzday gurl)
puan seri isma bakal peserta af8
datin farah mak yung (klu larat la sbb dia bawa bdk)
hopefully sesi bergede2 kali ni meriah la kan sbb ramai yg nak datang. jgn lupa arrr bw kamera nnt rugi x dpt nak ambil gambar skali jer dlm seumur idup ni tau ekekeke.
oh ya, harap korang dpt bg cadangan nak oder menu apa mlm ni sebab lain org lain seleranya kan. yg x penah pegi ble jgk bg suggestion. utk makluman kedai kopi pakdin ni menu utama ikan bakar mcm kat pasar pilipin tu yg lain-lain ble oder. mcm my fmly klu mkn sini slalu mkn ikan bakar, kangkung belacan dan telur dadar simple kan. so minta yer korang bg idea utk menu mlm ni.. okeh c ya tonite..
Posted by Ainazli at 12:55 PM 3 comments
Labels: Blogger