9.12.09

Ketupat Sotong


Dah lama tak buat ketupat sotong ni, last makan masa balik kg hari tu, my sil yg tengah sarat ngandung buatkan..yg segar bugar ni tolong makan jer..huhuhu..sedapla pulak, rasa tak puas makan, permintaan dr laki den, yg nak makan sangat ketupat sotong ni..so utk tidak menghampakan permintaan, lagipun ader mood buatkanlah tok dia 1kg sotong, dapatlah dalam 9 ekor gitu..berselera 2 beranak tu mengadap ketupat sotong..tak pandang bekalang dah..takpelah janji lepas hajat..hehehheh
Tak tahu nak kasi resepi canner, sebab takder anggaran yg betol, main campak2 n rasa sendiri jer..bukan kedekut okeyyyyy..hehheheh..utk memenuhi permintaan ema, akak ajarkan caranya jer ya..
Bahan - bahan:
  • daun pandan
  • beras pulut (terpulang banyak maner sotong)
  • gula melaka/ nisse
  • garam sikit ja
  • santan
  • lidi

Caranya:-

  • bersihkan sotong sebersihnya-toskan (kepalanya jgn dibuang pulak)
  • rendamkan beras pulut+ santan dalam 10 minit (kasi lembut sikit) - n toskan
  • lebihan santan td ketepikan kejap
  • pulut yg di toskan td di sumbat/dimasukkan ke dalam sotong td..masukkan 1/2 jer-jgn kasi penuh ya-
  • pastu ambik lidi , kasi cucuk sama itu kepala ngan badan (hehehehe)
  • jerangkan santan lebihan td+santan baru berserta daun pandan- mendidih (terpulanglah kalu nak kuah lebih, kasi santan lebih)
  • dah mendidih baru masukkan sotong td, tutup periuk kejap- mendidih n barulah dimasukkan gula melaka secukup rasa..ketupat ni manis, so terpulang pada citarasa anda ya!!
  • jerangkan lebih kurang 20 minit atau sehingga semua masak serata!!

0 comments: