20.10.11

Rajin

Update lagilah, tetiba jd rajin pulak malam ni, anak2 semua dah tido, awal pulak tu, tulah pagi td bangun awal, si kecik tengahari tido kejap..tu yg malam jer 2 2 tumbang..tp ok gak, dapatlah saya rehatkan tubuh badan, ummmm tetap bosan bila tak dengar sore riuh rendah anak2, rasa nak g kejut2 jer soh bangun..arrrrr jgnlah kang kalu dah jaga lambat pulak nak tido, kang mamanya pulak naik antuuuuuuuuuu..hahhahhaha.

Hari ni penat jugakla, pagi2 lagi dah wak kijer rumah, terlebih rajin la kunonnya, maka berkemaslah 1 rumah, dah datang rajinnya..buat semua sekali harung, kalu malas jgn harapla..depan mata kalu dah malas dibiar ajer..ni kalu incik gogo takder kat rumah la, bolehla kalu nak dok dalam rumah ala2 reban ayam pong, tp kalu ader dia, sepah sikit..adoiiii bingit telinga..dr ruang tamu bawak ke bilik semua kemas, bersinar2..moop la katakan, bilik stor tempat incik gogo letak barang pancing dia pong kemas n licin saya kerjakan..pastinya esok dia balik, tengok stor dia bersih..ummmm, tentu dia tak happyyyy sbb dia takut saya buang brg2 mancing2 dia..alalalalalala..apapun nak buang barang dia kena tanya dia dulu, kang tak pasal2, nak bilik bersih..kena merah lak..ahakkkk..ahakkk!!

Petang tadi sempatla meng pokodotkan apam..anak2 nak makan, put3 bukan main suka dia ngan apam, klau ader apam ni, memang dia tibai betol2..siap ckp lagi nak belajar wak apam bila besar nanti..aduhai anak..bukan setakat apam, buku resepi mama wasiatkan, dr tegahari td dok asyik makan apam, nasi pun tak berapa nak la, lagipun ari ni mamanya malas nak masak, td masak nasi puteh n goreng telor, gaulkan ngan kicapp..adoiiiii pemalas betolla mamanya ni..takder mood nak masak, nak wak canner kan????malam ni saya goreng kueh tiew basah, saje dah lama tak makan, terliur nak makan chow kuehtiew, tp apakan daya petis tarak..

oklah nak kena out dulu nih, anak hok yg bongsu dah bunyi2 tu kat dalam bilik tu, kang dia bangun memang haru birula jawabnya..baru mamanya ingat nak tido awal sikit malam ni..oklah camat malam semua..tido lena2 n semoga esok hari yg bahgia tok anda semua..

0 comments: