17.11.09

Semua Serba Baru!!


Rasa busan, sunyi, lamanya masa berjalan..kenaper??..Hari ni, 1st day Put3 kat Taska Hasil, baru beberapa jam dia takder, saya rasa lain macam, dunia hari saya automatik berubah biler dia takder, umah yg pagi2 selalu riuh ngan suara dia n tv ..berubah sama sekali, sedih pulak atau saya yg terlebih emo..sepanjang 3 tahun ni, memang amatlah jarang saya pisah ngan dia, kecualilah hari saya outing bersama member2, itu pun saya tinggalkan dia dgn papanya, tp kali ni, n hari ni, dia menghadapi situasi yg baru..kawan baru, persekitaran baru n semua baru..boleh ker nanti anak ku tu?

Sedih pulak rasanya td biler kena lepaskan dia pagi td, tp tahan, saya kena cool n buat2 relax, walauponnnnnn..maner leh nangis depan dia, nanti matikan mood dia nak g sekolah pulak nanti..dia memang dah tak sabar nak g sekolah..setiap hari dia mintak bawakkan dia g sekolah, sebab dia nak sangat dia g sekolah, kitaorg ambik keputusan masukkan dia kat taska my laling punya opis, ingatkan biler dia takder, sonok, tp upernya haru biru hidup saya hari ni..harap2 tok hari ni jer...saya kena biasakan diri saya..

Tak tahu nak rasa aper biler dia takder, serba serbi rasa tak kena, teringat2 n terngiang2 suara dia..takder org nak berebut tv ngan saya, takder org nak layan saya borak lagi, takder org yg selalu datang pada saya, memeluk2 saya..sambil mlutnya bercerita..masuk bilik 0, g dapur pun 0, tempat yg selalu dia lepak pun takder bayang dia..huhuhuuhuu..sedihnya..dik..mama..windu lah!!

Kalau dok sajer, mesti terpk2 pasal dia..dah makan ker dia, td bangun awal, cikgu kasi tido tak?..biaser dia bangun pagi, kol 9am mesti dia tido balik..tp boleh ker dia tido tanpa siku saya, tiap kali nak tido mesti nak gentel2 siku dulu, baru leh lena..agaknya siku sapa yg jadi mangsa nanti..mcmaner kalu dia nak g bilik air..boleh ker dia berdikari sendiri nanti? selalunya, biler dia berak..mesti menjerit2 memanggil nama saya, ..huhuhuhuu..memang betol2 rindukan kelibat dia..

Setakat, jam ni, kata my laling takder lagi cikgunya menelefon..yelah risau jugak kalau2 dia nangis, dia pong bukan biasa sangat pun, mungkin dia sonok jumper kawan2 baru..jap lagi pun dia dah nak balik, hari ni setengah hari jer, coz petang nanti kami dah nak gerak balik kg..tak sabar nak dengar citer dr dia, tak sabar nak dengar dia berceloteh, tentang kawan baru n cikgunya..oklah cukuplah ya, luahan ibu ni berlebih2 pulak emo nya hari ni.doakan saya selamat sampai Kb ngan selamatnya!!

0 comments: