11.12.08

Saat berharga!!

99galleries.com



Hari ni maybe takder yg istimewa untuk org lain, tp pada aku tarikh nie amat bermakna,tanggal 11/12/02 adalah tarikh declaretion aku ngan zz..kiranya kalau dihitung dah 6 tahun aku kenal dia, mungkin itu tempoh yg singkat untuk kenal dia tp pada aku sepanjang tempoh itu ,ianya memberi ruang dan peluang untuk aku lebih mengenali dia..Ohhh begini, begitu rupernya dia, walaupun banyak yg dah berubah kalau nak dibandingkan masa bercouple, tp takder masalah pada aku..cukuplah sekadar dia menjadi suami yg bertanggungjawab n terus menyanyangi aku n anak2 seumur hidup dia..takleh mengharapkan lebih takut tercicir tengah jalan..heheehe

Pendek citer lagi sweet kalau sang laki ingat tarikh hari nie..actually aku sengaja uji zz, so far walaupun dia tak ckp banyak sekurangnya dia ingat n imbas balik saat kami mula kenal..wahhhhhh bestnyer..sayangnya tak boleh nak patah balik masa yg dah lepas..apapun tok zz, tq bebanyak, pengorbanan n kesabaran akhirnya kita sampai ketahap ini..bukan senang nak jadi mcm sekarang tp kita still bertahan kerana antara kita dah tertulis..kita memang sudah dijodohkan bersama..harap2 kekal sampai hingga ke akhir hayat..love n sayang papa sampai hujung nyawa!!

0 comments: