30.1.11

Celoteh Mama

Dah tengah malam buta..masih lagi tak tido, sebabbbbbb peneman saya tido masih lagi berjaga n nonton bola, sambil dia layan bola saya layan inet..bukan senang nak layan inet tanpa gangguan camni..anak2 semua dah masuk tido, amsyar dah lama tido, sesekali dia nangis nak susu, dah dikasi susu n tepuk2, tidolah balik, tu kalu malam la, kalu siang jgn harap, tepokla canner pong, takdernya dia nak tido balik, walaupun siang dia kuat merengek n tido pong kadang2, jarang2, tp malam dia jarang mengganggu waktu tido saya, kekadang sampai lena saya tido, sesekali jer dia bangun, menyusu..yg bestnya bila menyusu nih, malam2, takyah bangun nak bancuh susu bagai, selak jer baju..hihihih..mak lena anak pun lena..hihii..bapak pun setuju sebab dia takyah bangun bancuh susu..ehheheheh!! pendek kata, malam selepas amsyar tido, adalah masa tok saya merehatkan diri, samaada layan tv atau dok depan inet..apapaun sebelum tido, kemas umah adalah wajib, sebabnya kalau dah pagi n amsyar dah bangun, satu apa pun tak jadi kijer..yg dia tahu nak dok "tepek" jer..tu istilah org kelate la ya!! Dia sebolehnya nak kita dok ngan dia 24jam, gamaknya dia ingat maknya ni takyah wak kijer lain, nak oooooiii kita ni tak bibik ok!! betapa kalutnya saya tiap2 hari ngan dia n urusan rumahtangga..terkejar2..tu baru anak 2, yg sulong dah besar, tak dapat saya bayangkan kalu beranak setahun seorang!! waaaaaa tunggang langgang la jawabnya!

Panjang umur, citer pasal dia, terus jaga, tp mcm saya ckp, kalu malam, dia tak demand lebih, nyusu pun ala kadar jer..tepuk2 dah, setel!! Put3 a.k.a along pun dah tido, bohsang dia malam ni sebab, malam ni dia tak dapat tengok 'citer' dia, wekend memang masa my laling layan bola la, memang takder can lah nak menyelit, put3 n saya dah sedia maklum, nak2 kalu MU main, lagilah..kesian Put3, tp takpelah lagipun dia pong penat gak tu, hari ni pepagi dah bangun, last minit punya plan, kitaorg g Karambunai, bawak dia main air, memang hantu air betol!!

K lah kena sambung lain kali lak..dah nak jam 2am, mata pong mengantuk dah ni,jumpe lagi next entry, tu pung tak tahu bila..tp akan terus menulis n menulis sampai dah tak larat nak menulis dah..

0 comments: