30.1.11

Malam Vs Emosi

Owwwhhhh dah terlebih rajin pulak skrg ni, sehari 1 entry, 1 permulaan yg bagus..mcm biasalah, bila dok depan laptop semestinya bila si kecik tu tido, lega sungguh bila dia tido, Put3 masih berjaga, macam biasa jugak, tengok citer dia..my laling pong dah hanyut selamat dibuai mimpi, biasalah esok nak travel jauh kena tido awal, kang tersenggok2 bawak keta..buat masa skrg my laling masih lagi ulang alik dr KK ke Kudat, kami hanya bertemu bila wekend jer, betapa terhadnya masa kami bersama..nak buat mcmana , selagi tak dapat rumah sewa, terimalah keadaaan begini!!

Malam ni sungguhla beremosi sedikit baik saya, put3 n my laling, esok isnin, maknanya esok kami akan berpisah tok seketika, bermulalah adegan sop..sopppp..soppp!! mahu tak sedih, kalu dulu tiap2 hari dapat bersama, tp skrg nak kena tunggu hujung minggu jer!! selalunya telefonla yg jadi peranan n penghubung antara kami..terima kasih Digi n Berukband yg membukak jalan!!..sehari 4,5x mesti wajib, walaupun sekadar borak 0, sekurangnya suara dia terasa dekat ngan kami terutamanya tok Put3la, sebab dia paling rapat ngan papanya...tp yg bagusnya bila jauh begini, gaduh pun kurang..gilak ko nak gaduh2, dahla 2 hari jer dapat dok sekali..hihihi..

Paling terasa sangat malam ni, sebabnya minggu lepas, seminggu my laling di KK, meting caw, meting kelab, dinner, tolak campor traveling day, dapatla kami bersama sepenuhnya tok seminggu a.k.a 9 hari..1 tempoh yg lama tok kami yg berjauhan ni!! so bila lama dah dok bersama, tup2 esok dia dah nak balik Kudat balik, terasa wahhhhhh kosongnya hidup kami nanti menanti dia pulang kembali!! nasib baik minggu ni raya cina, so 3 hari jelah kami terpisah.. beginilah seterusnya sampai ader rumah kat sana..harap2 dapat "bersatu" secepat yg mungkin!!

Persiapan tok my laling malam ni dah saya siapkan awal2 lagi, baju yg siap bergosok, pakaian harian sampailah ke bekal..esok saya bekalkan dia kuih bakar, yg saya buat petang td, bekalan dalam perjalanan nanti bersama tongkat ali power root, tok hilangkan mengantuk..harap2 esok my laling selamat sampai ke destinasi dengan selamat..

K, lah saya pong mahu tido awal, esok pong nak kena bangun awal,..tok my laling..i love u so much!!

Celoteh Mama

Dah tengah malam buta..masih lagi tak tido, sebabbbbbb peneman saya tido masih lagi berjaga n nonton bola, sambil dia layan bola saya layan inet..bukan senang nak layan inet tanpa gangguan camni..anak2 semua dah masuk tido, amsyar dah lama tido, sesekali dia nangis nak susu, dah dikasi susu n tepuk2, tidolah balik, tu kalu malam la, kalu siang jgn harap, tepokla canner pong, takdernya dia nak tido balik, walaupun siang dia kuat merengek n tido pong kadang2, jarang2, tp malam dia jarang mengganggu waktu tido saya, kekadang sampai lena saya tido, sesekali jer dia bangun, menyusu..yg bestnya bila menyusu nih, malam2, takyah bangun nak bancuh susu bagai, selak jer baju..hihihih..mak lena anak pun lena..hihii..bapak pun setuju sebab dia takyah bangun bancuh susu..ehheheheh!! pendek kata, malam selepas amsyar tido, adalah masa tok saya merehatkan diri, samaada layan tv atau dok depan inet..apapaun sebelum tido, kemas umah adalah wajib, sebabnya kalau dah pagi n amsyar dah bangun, satu apa pun tak jadi kijer..yg dia tahu nak dok "tepek" jer..tu istilah org kelate la ya!! Dia sebolehnya nak kita dok ngan dia 24jam, gamaknya dia ingat maknya ni takyah wak kijer lain, nak oooooiii kita ni tak bibik ok!! betapa kalutnya saya tiap2 hari ngan dia n urusan rumahtangga..terkejar2..tu baru anak 2, yg sulong dah besar, tak dapat saya bayangkan kalu beranak setahun seorang!! waaaaaa tunggang langgang la jawabnya!

Panjang umur, citer pasal dia, terus jaga, tp mcm saya ckp, kalu malam, dia tak demand lebih, nyusu pun ala kadar jer..tepuk2 dah, setel!! Put3 a.k.a along pun dah tido, bohsang dia malam ni sebab, malam ni dia tak dapat tengok 'citer' dia, wekend memang masa my laling layan bola la, memang takder can lah nak menyelit, put3 n saya dah sedia maklum, nak2 kalu MU main, lagilah..kesian Put3, tp takpelah lagipun dia pong penat gak tu, hari ni pepagi dah bangun, last minit punya plan, kitaorg g Karambunai, bawak dia main air, memang hantu air betol!!

K lah kena sambung lain kali lak..dah nak jam 2am, mata pong mengantuk dah ni,jumpe lagi next entry, tu pung tak tahu bila..tp akan terus menulis n menulis sampai dah tak larat nak menulis dah..

25.1.11

Entah aper-aper

Hari ni update petang lak..masa terlebih??? huhhuuuuuhhh takder maknanya, skrg dihiimpit ngan masa jer..tp ari ni cam ok sikitla, mungkin sebab my laling ader kat rumah, so kijer2 umah macam jaga anak sekit sebanyak dia yg tolong setelkan..tak banyak ponggggggggggg..tp takpelah janji nak jugak dia buat n nolong ya..cehhhh banyak cekadak pulak bininya ya, org dah tolong..yesssss..tq my laling!!hari ni takder banyak yg nak update pong,berbulan2 blog i sepi tanpa citer, nampak sangat tuan empunya blog ni tersangatla bz..ngan anak2..hihihi..

Skrg sambung berblog malam pulak, kena on off la, kena tengok kesesuaian masa, ni pon baru jer reda ngan kerenah anak2, yg kecik dah pun tido, dia tido rasa kepenatan dan lelah melayan dia seharian bagai diangkat keluar dari badan..hehheh..pendek citer lega rasanya bila dia tido, tp bila dia tido semua kena senyap, nak berckp pun kena pandang2, tu belum ckp pasal tido lagi tu, punyalah susah nak tido, padahal, mata tu dah takleh nak bukak dah, apa yg tak kena pun tak tahulah.. memang beza kalu nak banding ngan kakak dia masa kecik2 dulu, kakak dia tersangatlah ok..diaaaaaaaaaaaa tak berapa nak okkkkkkkkkkkk..manja kededek..kata org kelate..

Minggu depan, cuti..raya cina, nampaknya kali ni dok umah jerlah, macam tak berapa aura nak g jejalan kali ni, takder plan aper2 pun, selalunya pantang cuti, mesti ader agenda menghabiskan masa bersama..tp x ni sebaliknya..mungkin sebab nak balik kg bulan 3 nanti tu yg tak kisah tak g bercuti pong kan?? my laling pun cuti ni layan mancing jer..arrrggghhhh dia tak cuti pun memang mancing jer manjang!!mancing ader hasil, sejukla sikit hati bini ya!! biarlah dia ngan hobi dia, dr dia g merayau tak tentu pasal..kita jugak yg susah hati kan??

Citer pasal hobi, saya rasa skrg saya takder hobi yg betol2 saya minat..sejak kawin n ader anak lagilah, abis hilang semua hobi..hanya 1 rasanya yg masih kekal..novel..yup saya pembaca novel yg tegar, walaupong tak sempat nak update novel2 terkini, tp tiap x ke kedai buku mesti nak tapau sebijik dua, nak2 kalau nak g bercuti, mesti ader buku..kekadang novel tu dah lama dalam pasaran, saya baru terhegeh2 baru nak baca..hehhehehee..tak kisahla labu ya, membaca tu kan jambatan ilmu..ceh podahhhh..selalunya saya bukak novel time nak tidokan anak n time nak tido malam, takder buku memang lambatla saya lena..