26.10.09

Sonok kan?

Alhamdullilah, Jom heboh2 kat Karambunai Lagoon, berjalan dengan lancarnya, cuaca pun turut sama merestui pertemuan kami kali ini. Thanks to K' Azah, K' Maria, Halen, Seri, Zura, Azira & Farah + keluarga masing2 yg sudi turun padang menjayakan xtvt beramah mesra, yang rata2nya baru pertama kali bersua muka..Sememangnya riuh n gamat, bila semua kaum2 ibu berkumpul , sambil berkongsi cerita..

Serba sedikit tentang xtvt semalam..jam 9.30am hampir kesemua, blogger n bukan blogger sampai bersama ngan pot luck masing2..antara menunya, nasi lemak, nasi puteh + tomyam, sayur, bakso, laksa johor, bbq, muffin, puding, kek pun ader, buah lagi berserta air minuman, tu dia makanan saja dah penuh 2 meja panjang..hehehhe..pendek citer memang kenyang perut dibuatnya..tu baru makanan lom lagi bbq..kambing ader, ayam ader, udang pun ader, 2ekor ikan yg memang besar, ehsan dr kwn Maria iaitu Zira..hahhaahha, tak abis ratah dibuatnya..paling laku n ditunggu2 kambing bakar, laris gitu!! Kalau saja2 nak bakar bek2 kat umah, memang tak terbuatla gamaknya, tu yg kambing bakar ni memang ditunggu2, semua dok pakat kerumun kambing, n saya sendiri pun sampai hari ni, dok terhidu lagi kesedapan kambing bakar semalam!!

Kali ni memang tak rancang aper2 xtvt pun, memang betol2 datang, jumper, berkenalan, borak n makan2 jer..menambah2 semuanya sambil borak sambil makan, berselera semua makan ramai2 gitu..n selebihnya xtvt melayan anak2 bermain n beraksi dia pantai yg airnya separas ngan dada itik..layan jerlah..nak buat canner, air lom pasang lagi..dada itik pun bukan main saya tengok budak2 tu berenang, Put3 pun sama, tak duduk diam, mulut pun riuh, ngan tak pakai selipar, dah mcm anak org asli saya tengok, lom mandi pagi lagi tu, plan asal nak main pantai, sekali air lom pasang daaaa!!!

Kesimpulannya, memang enjoy n hapening sangat2, semuanya sporting2 belaka dan memberikan kerjasama yg baik, dr awal hinggalah kepenghabisan majlis..dan yg paling sonok , "tapau time", masing2 membawa pulang 'bekalan', jd balik dah takyah pk nak masak2 lagi..memang licinnnnnnnnnnn, kata org rezeki yg ader dikongsi bersama, hehehehehe!!!

Insyaallah, next geder2 akan diadakan, tp bukan dalam masa terdekat ngan bertema " Rumah terbuka Blogger" ceh wahhhh dah memasang angan2 ni..tp kali ni ngan bersyarat " tiada air tiada joran" supaya kesemua suami2 dapat beramah mesra dan berkenalan!! last sekali tima kasih lagi sekali kepda semua, n halal aper yg terkurang..sehingga jumper lagi dilain kali..!!!! cayok!!! cayok!!

Gambar kendian upload, anak den dah ngamuk nak tido..tungguuuuuuuuuuuuuuuuu

24.10.09

Dia Dah Balik!!

Tok...tokkkkk.."hisk sapa lak yg datang malam2, dah kol 9.30 pun, dahla laki den takder umah"..buka gak pintu yg muka yg suspen gitu..hahhahhahahha..terkejut beruk mak..upernya laki den balik..hahhahah..ingatkan saya yg nak suprisekan dia upernya mak tertipu..bijak..bijak!!Finally balik jugak dia, setelah seminggu saya tak bertemu muka ngan dia ( kursus kat PD) Saya pulak yg tersengih bagai kerang busukkkk sebab dia telah menipu saya sebulat2nya..katanya flite hari Sabtu, jam 9am..saya ni mati2lah percaya, lagipun memang saya tengok sendiri tiket dia, tp tak sangka lak dia senyap2 g tukar tiket tak bagitahu saya, kunonnya nak kasi saya kejutannnnnnn..tu rindu kat saya lah tu..huhuhuhuhuu..bijak dia atur strategi, petang masa saya kal, dia kasitau nak g KL, saya mintak dia belikan seluar jeans , peliknya tak tanya nak warna aper, size apatah lagi..ok2 jer..biar benar mamat ni..mungkin dia dah tahu kot, n sepanjang dia g soping2 kat KL,takder lak dia kal saya, bila saya kal tak dapat la pulak, bengang sungguh, sehinggalah kol 9pm, dia kal, kasitau nak balik APM( Akedemi Percukaian Malaysia), tak beli satu barang pun, window2..sabar...sabarrr..

Setengah jam berlalu, sehingga ketukan pintu, yg betol2 memeranjatkan saya..diiiiiiiiiaaa..siot tollllll..nak terlompat saya biler tengok dia..saya sendiri pun terlupa saya juga ader kejutan tok dia, dia sendiri yg sedar..tempat letak joran yg saya belikan tok dia..tersengihhhhhh dia..malam tu kami berdua sama2 jadi kerang busuk!!!huhuhuhuhu..tp sayang masa tu Put3 tido, usik2 anak2 sampai budak tu terjaga..boleh nampak biler nampak jer muka bapaknya, terus dia peluk n merengek2..ya allah rindu betol dia kat bapak dia..peluk jer dulu, diam tak terkata, pastu baru jd repoter, macam2 dia tanya..dan selepas dari itu, my lalling dia yg punya, nak tengok tv ngan papa, yup benda yg paling dia rindu saat2 menonton tv ngan papanya sebab bapaknya yg rajin meneman dia tengok tv sampai tengah malam..nak air pun nak papa yg ambikkan..nak makan kek pisang pun nak papa suapkan...alahai..takder can la maknyer nak bermanja jugak..hampehhhhhh...apapun, tengok dia dah balik, sudah cukup buat saya gembira, n kehidupan saya seminggu yg lepas sunyi kini meriah kembali!!!!..tok put3 dibelikan bot mainan kat Giant Likas (gara2 tak sempat nak soping kat Kl) tok saya seperti biaser berbungkus2 roti menggantikan seluar jeans.."kan kenyang makan roti dr makan suar" yelahhhhh...yelahhhh

Wake up ain, dah takleh senang lenang mcm minggu lepas lagi, tugas akan kembali seperti biaser mingguuuuuuuuuuuuu depan!!!!!arrrggghhhhhh!!!

20.10.09

Jom Heboh2 Kat Karambunai Lagoon

Perkembangan terkini Jom Heboh2..setakat ni 7 family sudah memberi persetujuan untuk turut sama dan kemungkinan akan ada lagi yg akan menyusul esok!! Kepada sesiapa yg masih berminat utk turut serta, anda dialu2kan dan confirmkan secepat yg mungkin sebelum jam 4 petang esok, untuk memudahkan kerja ajk makanan (PN. Halen)

  1. Pn. Ain
  2. Pn. Maria
  3. Pn. Halen
  4. Pn. Seri
  5. Pn. Azah
  6. Pn. Zura (Kawan ain)
  7. Kawan Maria
Selepas kata sepakat diambil kira, antara menunya adalah
  • Bakso (Maria + Halen)
  • Nasi Lemak ( Ain)
  • Laksa Johor (Zura)
  • Desert (Seri)
  • Nasi Puteh (K' Azah)
P/S : Di galakan utuk terus memberi respon melalui hpone yg tertera dibawah untuk mengelakkan sebarang kesulitan (celcom line problem)

Salam..buletin tengahari..melaporkan bagi pihak member2 blog,..sukacita dimaklumkan yg kami blogger Sabah ingin mengajak anda/member2 yg mempunyai waktu terluang untuk menyertai aktiviti beramah mesra sambil bersantai..terbuka kepada semua yg berminat, tak kira blogger ataupun bukan blogger, bekas blogger pun jgn malu2 ahhhh..

  • Tempat : Karambunai Lagoon, Sabah
  • Tarikh : 25hb Oktober 2009
  • Bayaran : Rrm10 bagi dewasa (kanak2 7 tahun keatas 1/2 harga)
  • Masa : 09.00am - (tertakluk keadaan)
  • Menu : BBQ (Kambing, ayam, udang- tong2 bayar) + pot luck sendiri bawak
  • Aktiviti : Beramah mesra + cit cat + makan + mandi manda + kepada pihak suami yg nak memancing dialu2 kan membawa joran masing2 untuk mengelakkan kebusanan menunggu kaum hawa berborak...huhuhuh..huhuhu!!
Sekian, saya melaporkan, segala cadangan aktiviti atau sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya ain -0128895443, tarikh tutup pengesahan kehadiran, adalah 23hb, untuk mengelakkan segala kesulitan..kerjasama anada amat kami hargai!!

p/s : perjumpaan ini bukan kepada blogger semata2 ya, kepada blogger2 yg lain yg ingin membawa kaum kerabat juga dialukan..perjumpaan blogger yg sebenarnya akan diberitahu kemudian setelah mengambil kira ahli n mencari tarikh yg sesuai bagi menghimpunkan blogger Di Sabah

19.10.09

Dia mesti suka cam kerang busukkkkkkk

Hadiah tok my laling sempena besday dia 13hb yg lepas, setelah diservey2 sendiri, macam otai pulak pompuan kuar masuk kedai pancing, hehehehhee..wahal tengok 1 brg tu jer.. tempat letak joran ni yg paling sesuai tok dia, dah lama saya dok aim nak belikan ni , tp dia sibok nak buat sendiri, lagi murah n jimat katanya, tp dah berkurun tak buat2 jugak, alasannya takder gergaji, kalu nak kenakan dia, hadiahkan jer gergaji kasi tengok buat ker tak!! barulah terkejut beruk nanti..confirm la ngan gergaji, gergaji tersadai kat dinding..Dia tak tahu ni, saya belikan dia benda ni, sebelum dia g kusus ahad lepas, dia asyik dok tanya, mener hadiah tok dia lom dapat2 lagi ni..gelak jer duluu...tungguuuuuuuuu..!!harap2 nati put3 tak pecah lubang la, bukan leh harap tu, biler bapaknya tepon semua nak bagitahu..saya dah siap sedia letak di depan muka pintu, biar dia masuk2 umah, terus nampak benda tu, dah boleh bayang dah, senyuman ala kerang busuk dia tu..janji dia suka, saya pun lagiiiiiiiiiiiii suka!!

Memang "berukband" betolla, dah berjam2 upload gambar tak kuar aper pun..tensi betol ni, nanti2 latry upload lagi n lagi..

12.10.09

Itu Yang Namanya Rezeki!!




Lagi tempahan yg sempat saya snapkan, siap2 terus snap gambar, kang tak ingat..tempahan cikgu kat Sek. belah2 Kg Laya-Laya Tuaran, kalu tak silap sayalah merangkap jiran atas..dia mintak saya buatkan puding yg berkuah..tulah hasilnya..puding saya buat 2 layer, 1st layer, boh mix fruit coktail n 2nd layer boh buat peach..atas sekali tuang jelly..makan time sejuk2 ngan kuah bersusu..nyaman gitu!!..

To mamasyaza..ni ain tepekkan resepinya ya!!boleh cuber n kasi komen..

Puding Coktail (tok 1 adunan- yg ain buat tu 2 adunan)

1cwn besar kastard
1tin susu pekat (505ml)
31/2 cwn air
2biji telor(dipukul supaya tak berketol)
esen vanila, garam secubit rasa
-kesemuanya didihkan atas api yg perlahan, kacau n terus kacau supaya tak berketul sampai dia naik biuh n bunyi plup..plup..heheh..(yerker-lebih kurengla)

-Dah siap adunan kastard boh dalam bekas di lapiskan ngan mix fruit(ain boh 1 tin) n dilapiskan sekali lagi ngan kastad n atasnya boh lagi buah peach (1/2 ja)

-Lapisan atas sekali bancuh jelly aper2 perisa yg kita suka (sukatan ader kat plastik jelly tu-ikut ja) n tuang atas kastad td

Boh dalam peti-sejuk dah boleh ngapppppp..

Kuah:
-1 Tin susu cair +susu pekat dalam 3 sudu
-kalu nak manis sikit boh gula sikt n kalu suka boh air lebihan mix fruit tu
-tok pekatkan boh tepung jagung bancuh ngan air
-kacau atas api perlahan- pekat..
Sekiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Dah Rezeki Aku Kot!!



Tempahan last minit, jiran sekampung yg datang Sabah mintak buatkan cupcake, saje nak makan2 tok celebrate konvo adiknya kat UMS , dalam 50pc jer, nak agih2 kat kawan2 si adik katanya..kebetulan bahan pun ader, n semalam pun tak kemana, dengan senang hatinya saya tolong dia buatkan cupcake yg tak seberaper, dia mintak buatkan kek coklat, boh toping n parutkan cheese..1st time buat kek coklat boh toping parut cheese ni..kelakar pulak!! dah depa nak gitu jadi layan la..harap2 dorang sukalah ya, !!..taraaaa nilah hasilnya, tp gambar kat atas tu yg bahagian si puteri, yg saya baru topingkan tengahari td, yg sebetulnya tak sempat nak snap gambar sebab kalaut, tuan badan datang ambik terlalu awal, takmau tersangkut dalam jam katanya..nasib baik sempat saya siapkan..

Ader lagi tempahan yg saya tak sempat nak snapkan gambarnya sebab buat awal pagi, dah kelam kabut, punyalah tak ingat nak snap gambar, terpk dalam otak janji siap n dapat hantar kat tuan empunya dengan selamat..to k'azah tq banyak2 sebab berjual beli ngan kita ya!!..harap berpuas hati..alhamdullilah rezeki raya, tempahan tak putus2!!Kepada semua pembeli tima kasih banyak!!

5.10.09

Hapi Besday Uyieeeee!!


Post bersama hadiah2..tq uncle..auntie!!

Masa tok merasmikan..


Besday Girl


Hapi Besday to U..Kita potong ya Dik


Beratur2 nak tiup lilin dah nie!!


Aper lagi Put3 oiiii


Antara Menunya..satay lom sempat nak snap!!


Gantung, tiup lilin semua mama yg buat!!

Sekitar majlis besday Put3 semalam,sebetolnya 1hb lepas, tp memandangkan besday dia jatuh ari kijer jd terpaksalah ditunda ke hari minggu..alhamdulllilah majlis berjalan seperti yg dirancang walaupun tuan rumah agak kalut sikit, melayan tetamu yg tak putus..apapun terima kasih kepada teman2 n geng2 blogger yg sudi datang, dan terima kasih jugak tok hadiah n duit raya..

Memang dah lama saya tunggu majlis ni, memang saya yg teruja lebih, dari sekecik2 hal, sampai ke hal2 yg melibatkan menu semuanya saya yg buat n plan, my laling cumer goyang kaki n hantarkan kemana saya nak pergi(cr barang)..kata my laling, ni bukan majlis anak dah, nampak macam majlis mak pulak..hehhehehe..oklah tuuuuuuu..biler diangan2 nak jugak nanti biler besday dia nak buat tema..kanak2 pakai color yg sama..cehhhhh..taun depan tak kot, kata my laling, tahun depan wak kat nursery jer, lagi meriah, ramai lagi kawan2 seangkatannya..sebetolnya dia tak ramai kawan pun, yg ader anak2 opis mate my laling n anak2 geng blogger, tu pun beraper kerat jer..rata2 anak sorang 2 jer..jannah jerla yg ramai sikit 4 hehehheheh..apapun tok anak2 terima kasih datang memeriahkan majlis..

Tahun ni, kiranya besday put3 +open house kecil2lan, panggil yg maner rapat2 jer..kecil2lan pun sampai kol 5pm gakla baru boleh tutup pintu..oklah la tu dr taun lepas, bawak ke malam..Antara menu yg sempat saya sediakan nasi ujan panas, beserta kari, ayam pedas n acar..bihun sikit tok budak2 n satay import dr Keningau..(sengaja saya memaksa Janna buatkan saya satay, dgn niat nanti dia nak taknak kena jugak datang majlis ni..huhuhuhu- apapun tima kasih jugak kak sebab tolong2 kita kat dapur hari tu ya!!..tak ketinggalan kek besday Put3 pun saya bikin sendiri ( Kek Black Forest + ngan Cheese Kek)..mula2 tu kunonnya nak buat kek yg ader gambar kartun, mikey mouse n dah siap wak pola pun,(mcmla confident nak buat..huhuuhuu.. n Put3 bukan main sonok lagi , katanya "hebatla mama ni"tp memandang masa yg kesuntukan n banyak lagi benda yg saya nak buat , mikey saya tukar ke kek yg tak yah deco2, cumer perlu campak strabery dah..siappppppp..dia mula start mengeluh "alaaaa mama ni..kan dah janji...bla..bla...(start dia membebel sorang2..) next time mama buat lain ya

Oklah tok Put3 mama..hapi besday, ingat aper yg mama selalu ckp kat adik ya!! n lastly semoga adik success dalam hidup, dunia n akhirat..

P/S: tq jugak tok adik beradik, anak2 buah, ipar duai n My mil yg tak luper kal masa besday put3..sampaikan dia jd org penting hari tu!! selang 10 minit tepon tak henti2!!